Nama-nama Asal Syarikat IT dan Komputer Popular Sekarang

Standar

Tahukah anda setiap nama/jenama popular syarikat yang menerajui dunia komputer dan IT sekarang berasal dari mana dan mengapa ianya dipilih? Berikut adalah senarai nama syarikat dan jenama popular dunia dan asal namanya:

Adobe
Berasal dari nama sungai Adobe Creek yang mengalir di belakang rumah pendirinya, John Warnock.

Apple Computer
Epal adalah buah kegemaran daripada pengasas syarikat, Steve Jobs. Dia tiga bulan terlambat mengemukakan nama untuk perniagaan, dan ia mengancam untuk memanggil syarikat Apple Computers kalau rakan lain tidak menyatakan nama yang lebih baik sampai jam 5 petang.

CISCO
Ini bukan singkatan seperti yang popular dipercayai. Ini adalah singkatan bagi San Francisco.

Corel
Nama ini berasal dari nama pendirinya Dr. Michael Cowpland. COREL adalah singkatan dari Cowpland Research Laboratory.

Google
Nama ini bermula sebagai lelucon tentang jumlah maklumat yang mampu dicari oleh enjin carian. Pada awalnya disebut ‘Googol’, sebuah kata untuk bilangan yang bermula dengan nombor 1 dan diikuti dengan 100 sifar. Setelah para pengasasnya – pelajar siswazah Stanford – Sergey Brin dan Larry Page mempresentasikan projek mereka kepada seorang pelabur, mereka menerima cek yang dibuat untuk ‘Google’ … sehingga dipakailah nama itu.

Hotmail
Sang pengasas Jack Smith mendapatkan idea untuk mengakses e-mel melalui web dari mana-mana komputer sahaja di dunia. Ketika Sabeer Bhatia muncul dengan rancangan perniagaan untuk perkhidmatan mel, dia cuba segala macam nama yang diakhiri dengan ‘mail’ dan akhirnya memutuskan untuk menggunakan hotmail kerana termasuk huruf “html” – bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk menulis laman web. Hotmail awalnya ditulis sebagai HoTMaiL.

Intel
Bob Noyce dan Gordon Moore ingin nama syarikat baru mereka ‘Moore Noyce’ tapi nama tersebut sudah berdaftar sebagai tanda dagang oleh sebuah rangkaian Hotel, jadi mereka memutuskan untuk menggunakan nama INTEL yang merupakan singkatan dari Integrated Electronics.

Microsoft
Diciptakan oleh Bill Gates untuk mewakili syarikat yang awalnya ditujukan untuk Microcomputer Software. Awalnya ditulis Micro-Soft, tanda ‘-’ dihapuskan di kemudian hari.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s