Teknologi Komputer – Operasi Skrin Tanpa Sentuhan

Standar

leap motion skrin tanpa sentuhan

Pernah melihat filem Minority Report? Dalam salah satu adegan, Tom Cruise menggerakkan tangannya di depan monitor dan objek di dalam monitor tersebut bergerak mengikuti gerakan tangan.

Ketika filem itu beredar beberapa tahun lalu, perkara sedemikian ibarat suatu impian semata-mata. Namun kini, sebuah syarikat bernama Leap Motion telah mengembangkan teknologi yang boleh melakukan perkara yang sama.

Yang anehnya, teknologi Leap tidak memerlukan paparan khusus. Yang diperlukan cuma sebuah peranti bersaiz iPod yang disambungkan melalui sambungan USB ke PC atau notebook anda.

peranti leap motion

 

Setelah Leap siap dipasang, anda boleh melakukan gerakan seperti menggulung laman web, menggerakkan Google Maps, atau menggambar objek ibarat seperti menggunakan tablet skrin sesentuh. Bezanya, semua boleh dilakukan tanpa menyentuh skrin notebook anda!

Yang membuatnya semakin dahsyat, Leap boleh berfungsi dengan pelbagai software. Dalam demo yang dilakukan David Holz (CTO Leap Motion), ditunjukkan bagaimana anda boleh bermain game Fruit Ninja hanya dengan menggerakkan jari anda. Namun Leap Motion juga akan mengeluarkan SDK untuk peranti ini, sehingga developer pihak ketiga boleh membuat software yang memanfaatkan teknologi Leap dengan lebih jauh lagi.

operasi tanpa sentuhan pada skrin

Operasi tanpa sentuhan pada skrin

Prinsip kerja dari Leap sendiri adalah adanya kamera di dalam peranti Leap yang menangkap setiap gerakan tangan kita di dalam kawasan kerja (workspace). Saat ini, kawasan kerja tersebut terhad di ukuran 90 cm persegi di depan skrin, namun Holz mengatakan hanya perlu membesarkan sensor untuk membuat Leap boleh mengesan kawasan yang lebih luas.

Leap juga dirancang dengan kepresisian tinggi (iaitu 0.01 mm) dan keupayaan mengesan gerakan 10 jari. Leap bahkan boleh membezakan apakah kita menggunakan jari atau menggunakan pensil saat menggambar.

Belum ada tarikh rasmi pada bila-bila Leap akan dikeluarkan, namun Holz mengatakan sekitar Oktober hingga Februari tahun depan dengan harga US $ 70.

Jika ingin melihat kehebatan teknologi Leap, di bawah ini kami sajikan video demonstrasi Leap yang kami ambil dari laman web The Verge. Setelah melihat video tersebut, anda pasti setuju dengan kami: Leap adalah teknologi penuh revolusi.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s